Makhluk asing ataupun dikenali sebagai alien adalah tidak asing lagi bagi kebanyakan daripada kita. Makhlu asing dipercayai oleh ramai pihak adalah makhluk yang mendiami dan berasal daripada planet luar yang tidak diketahui lokasinya. Bagi kebanyakan pihak terutamanya yang telah mengkaji keganjilan makhluk ini, mereka menganggap kedatangan makhluk asing ke bumi adalah disebabkan makhluk ini mahu mengkaji segala kehidupan di planet bumi untuk kegunaan pihak mereka. pelbagai misteri berkenaan makhluk ini telah banyak diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia, antaranya di amerika syarikat.
Penduduk amerika sering dikejutkan dengan penemuan objek piring terbang ataupun dikenali sebagai UFO iaitu singkatan kepada Unidentified Flying Object yang dipercayai adalah kapal angkasa milik makhluk asing ini, malah yang lebih mengejutkan lagi, ada antara mereka yang mengaku pernah bertemu dengan makhluk ini dan ada juga yang mengaku pernah diculik dan telah dibawa ke satu tempat rahsia oleh makhluk asing untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji makhluk ini. Perkara yang paling menggemparkan berkenaan makhluk asing ini telah berlaku di amerika iaitu di wilayah tenggara New Mexico, Roswell di mana dipercayai kapal angkasa makhluk ini telah terhempas dan berhampiran lokasi tersebut juge telah dijumpai tubuh lengkap dipercayai milik makhluk asing yang telah mati. Orang pertama yang menemui mayat makhluk asing tersebut adalah seorang penternak lembu iaitu William W Brazel yang kemudiannya telah membuat laporan penemuan tersebut kepada pihak tentera di pangkalan tentera darat di Roswell.
Di tubuh makhluk tersebut terdapat kesan luka yang parah di sebelah kanan paha dan kaki yang mungkin disebabkan oleh kapal angkasa mereka yang telah terhempas, selain itu kelihatan darah terpancut apabila saintis membelah dada makhluk tersebut untuk mengeluarkan jantung, dan kepala makhluk tersebut juga turut dipotong menggunakan gergaji untuk mengeluarkan otaknya serta sampel kulit turut diambil. Namun semua bukti ini masih diragui oleh ramai pihak malah pihak tentera amerika juga menafikan bahawa rakaman tersebut ada kaitan dengan pihak tentera dan juga turut menafikan bahawa pihak tentera ada merahsiakan perkara berkaitan makhluk asing dan UFO yang telah terhempas ke bumi serta mendakwa ianya direka pihak tertentu.
Akhirnya lama kelamaan, kejadian ini semakin dilupakan oleh penduduk di sana, walaupun begitu misteri makhluk asing masih tidak dilupakan malah ianya semakin lama semakin banyak laporan berkaitan penemuan objek terapung di udara yang dipercayai UFO di serata dunia.
Berikut saya paparkan beberapa foto yang menunjukkan mayat makhluk asing yang telah dijumpai tehempas bersama kapal angkasa mereka di wilayah Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat.
wow!alien cool...
ReplyDelete